Biodata Ariff Bahran Penyanyi Lagu Kata Akhirmu 5/5 (1)

By | January 23, 2018

Biodata Ariff Bahran Penyanyi Lagu Kata Akhirmu. Assalamualaikum, kepada peminat drama bersiri Cinta Hati Batu mesti korang tertanya-tanya artis manakah yang menyanyikan lagu kata akhirmu. Penyanyi tersebut adalah Ariff Bahran beliau masih baru dalam industri nyanyian ini. Jika anda pengikut Haqiem Rusli mesti anda selalu lihat beliau selalu mempromosikan Ariff Bahran di ig beliau. Tanpa membuang masa, saya kongsikan Biodata Ariff Bahran penyanyi lagu kata akhirmu.

Di sini saya kongsikan serba sedikit info menarik tentang Ariff Bahran. Semenjak lagu Kata Akhirmu diangkat naik sebagai sebuah lagu OST bagi drama bersiri Cinta Hati Batu di tv3. Lagu tersebut dinyanyikan oleh seorang remaja yang baru berumur 20 tahun sekaligus ini adalah single pertama Ariff Bahran.

Biodata Ariff Bahran Penyanyi Lagu Kata Akhirmu

Biodata Ariff Bahran

Selain itu, lagu Kata Akhirmu berjaya menempatkan diri di carta radio ERA 40 di seluruh Negara. Tahniah buat beliau diatas pencapaian tersebut. Baiklah di bawah ini saya sertakan Biodata penuh Ariff Bahran.

Biodata Ariff Bahran

  • Nama Penuh: Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari
  • Nama Popular: Ariff Bahran
  • Umur: 20 tahun (2018)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: SMK Damansara Utama
  • Kerjaya: Penyanyi

Apa Yang Menarik Tentang Ariff Bahran :

  • Telah mula menyanyi seawal usia 7 tahun.
  • Telah mempelajari kemahiran bermain alat muzik sejak berusia 13 tahun.
  • Mempunyai kebolehan bermain alat muzik piano, drum dan gitar.
  • Merupakan kawan kepada penyanyi Haqiem Rusli dan tinggal di kawasan yang sama.
  • Banyak menyanyikan lagu saduran artis tempatan dan antarabangsa di Youtube, Instagram dan SoundCloud.
  • Menjadikan Justin Bieber sebagai sumber inspirasinya untuk berjaya dalam bidang seni.

 

Video Lagu Kata Akhirmu Ariff Bahran 

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya. Di sini saya sertakan link untuk mengetahui Biodata Penyanyi Wany Hasrita dan Biodata Intan Najuwa .  Saya harap posting ini memberi manfaat kepada anda semua.

 

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.