Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple 5/5 (1)

By | January 21, 2018

Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple. Assalamualaikum, kepada anda yang ingin belajar memasak ikan sardin dalam tin. Di sini saya akan kongsikan resepi untuk memasak sardin yang sedap dan simple. So, kepada yang baru belajar masak tu boleh sediakan buku nota atau pon telefon untuk menyalin atau menangkap gambar resepi sardin sedap yang simple. Yang tak pandai memasak pon mesti lulus punya. Tanpa membuang masa lagi saya kongsikan Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple.

Resepi Memasak Sardin Sedap dan Simple

Bahan-bahan :

  1. 1 tin sardin (Disyorkan jenama sardin yang sedap ialah Ayam brand dan King Cup)
  2. 1 biji bawang besar – dihiris halus
  3. 3 ulas bawang putih – dimayang atau diketuk
  4. 1 biji lada hidup – dimayang
  5. Garam, gula dan kicap secukup rasa
  6. Tomato dan Kentang (optional)

Cara Memasak Sardin Tin Simple dan Sedap

  1. Masukan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup. Bila sedikit garing dan naik bau, masukkan ikan sardin dalam tin.
  3. Masukkan air dengan anggaran 1/2 isipadu tin sardin tadi. Bagi yang suka kuah pekat, kurangkan lagi jumlah air.
  4. Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis.
  5. Boleh tambah tomato dan ubi kentang jika suka.
  6. Bila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
  7. Lauk sardin ringkas sedia untuk dihidang.
Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple

Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple

Video Cara Memasak Sardin Tin Simple

Terima kasih kepada anda kerana sudi datang ke blog saya semata-mata untuk mempelajari cara memasak sardin tin yang sedap dan simple. Selain itu, jika anda ingin belajar untuk membuat kek di sini saya juga ada sediakan resepi Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Sukatan Cawan. So, bolehlah anda semua cuba membuatnya di rumah nanti. Semoga ilmu ini berguna kepada anda kelak. Dan jangan lupa untuk membaca posting terbaru saya tentang Biodata Intan Najuwa Pelakon Kekasih Paksa Rela.

Please rate this

2 thoughts on “Cara Memasak Sardin Tin Yang Sedap dan Simple

    1. hakimmahmud Post author

      Saya pon tak perasan semua post tak keluar content… lepas tu ok balik lepas update plugin semua.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.