Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik No ratings yet.

By | September 19, 2016

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik

Kenapa anda ingin berhenti kerja ? Sedangkan sekarang ini amat susah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan dan minat kita. Walaubagaimanapun di sini saya akan menolong anda dengan cara menunjukkan panduan menulis surat berhenti kerja yang terbaik serta padat. Tapi sebelum itu saya sarankan agar anda fikir masak-masak dahulu kerana Malaysia dalam keadaan yang sangat genting kita tunggu dan lihat Bajet Malaysia 2017 nanti.

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik

Contoh surat berhenti kerja ringkas dan padat ( kredit: Google )

Berikut adalah contoh notis berhenti kerja ringkas dan padat dalam bahasa Malaysia. Surat ini boleh digunakan semasa ingin membuat perletakkan jawatan di sesebuah perusahaan dalam masa 24 jam atau 1 dan 2 minggu mungkin boleh sampai 3 bulan itu semua bergantung kepada kontrak pekerjaan anda.

CONTOH SURAT 1
KFC USJ 200 DRIVE THRU,
LOT 46, JLN P’SIARAN KEWAJIPAN,
USJ 200 4730 SUBANG JAYA SELANGOR
________________________________________________________________________

LOT 603, LORONG 30,
KG. KENANGAN BATU 130,
4100 PUCHONG SELANGOR
PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN
MERUJUK PERKARA DI ATAS SAYA MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR SELAKU STAFF KFC USJ 200 INGIN MELETAKKAN JAWATAN BERMULA 1/12/120 ATAS SEBAB INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA PELUANG BEKERJA DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG SAYA BEKERJA DISINI.
DISINI SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESULITAN YANG TIMBUL SEPANJANG BEKERJA DI RESTORAN INI AMAT SAYA KESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR,
_____________________________
(MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR)

kredit Zaman Muda Ku

 

CONTOH SURAT 2 :
*********************************************************************************
 
Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.
 
———————————————————————————-
 
Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres 8 Mei 2014
 
Puan,
 
PER : PERLETAKAN JAWATAN
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.
 
Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.
 
Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR
Alhamdulillah selesai sudah Petua untuk menulis notir berhenti kerja ringkas dan padat saya berharap agar artikle ini akan memberi manfaat kepada anda. Ingat pesan saya kat atas sana sebelum berhenti kerja tu fikir masak-masak kerana negara kita dalam era kegawatan ekonomi sekarang ni banyak jawatan kosong 2016 tapi lebih ramai yang ditendang keluar so kita nantikan apa yang Perdana Menteri Malaysia akan umum tentang bajet Malaysia 2017.

Please rate this

One thought on “Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik

  1. Pingback: Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan | Hakim Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *