Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi 5/5 (1)

By | September 17, 2017

Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi

Assalamualaikum, kali ini saya kongsikan Bacaan Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi. Terdapat banyak manfaat membaca doa pembuka majlis ini kerana kita berdoa agar majlis yang kita ingin mulakan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi

Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi

Doa pembuka majlis ini dapat digunakan di mana-mana majlis ilmu dan majlis yang lain asalkan dia tidak menyalahi syarak. Kerana di akhir zaman terdapat ramai umat islam yang buta ilmu agama saya amat bersyukur kerana anda masih lagi mencari ilmu agama untuk hari akhirat.

Ayat Doa Pembuka Majlis Ilmu

Ia memainkan peranan yang sangat penting  sebelum membuka majlis ini kerana kita memuliakan Yang Maha Pencipta dan memintaNya merahmati majlis tersebut.

Sering kali kita terfikir doa apa yang sesuai sebelum membuka sesuatu majlis? Dan kekadang tiada orang yang menitikberatkan soal membaca doa pembuka majlis ini.

Walaupun dia lihat seperti benda yang mudah tapi tidak ramai yang berani untuk memikul tanggungjawap untuk membaca bacaan doa pembuka majlis.

Oleh itu, saya sediakan text ringkas dan sesuai untuk anda menggunakan di dalam semua majlis berbentuk ilmiah dan sewaktu dengannya.

Bacaan Doa Pembuka Majlis

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .

Bacaan Doa Pembuka Majlis Dalam Rumi

Bismillahi Rrahmaani Rrahiim.
 Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin, wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in.
 Ya Allah,
Dengan nama-Mu,
yang menyembuhkan segala penyakit,Dengan nama-Mu,
yang mencukupkan segala permintaan,Dengan nama-Mu,
yang memaafkan segala dosa,Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit danIa maha mendengar dan maha mengetahui.Ya Ghaffar,
maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa,
para guru, saudara kami sertasekian makhluk di sarwa alam ini.Ya Rabanna,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu
kami rafa’kan rasa syukur.
Hanya kepada-Mu kami menyembah,dan hanya kepada-Mu,
kami memohon pertolongan. Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majliskami ini.
 
Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yangmenjadikan kesukaran itu mudah, apabila Engkau kehendaki. Terangilah hati kami dengan cahayapetunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.
Rabbana aatinaa fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar. Wasallallu‘ala aalihi wa sohbihi wassalim tasliimann kathiira, walhamdulillahi robbil ‘alamiin.
Doa Penutup Majlis Dalam Rumi
Doa Penutup Majlis Ilmu

Doa Penutup Majlis Ilmu

 Terima kasih kepada anda tujuan utama saya kongsikan Doa Pembuka Majlis Dan Penutup Ilmu Dalam Rumi adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan untuk saya serta anda diluar sana.

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *