Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-27 | AJL 27

by hakimmahmud on November 26, 2012

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-27 | AJL 27 | Assalamualaikum, di sini saya akan kongsikan senarai finalis anugerah juara lagu ke 27.

Juara AJL 27 | Siapa semalam tonton tv3? mesti korang tengok kan anugerah juara lagu ke 27 yang berakhirnya peringkat separuh akhir semalam.Di mana saya dapat menyaksikan beberapa muka baru yang telah berjaya memasuki ke peringkat akhir di mana akan dilangsungkan pada 6 Januari 2013 iaitu pada awal tahun hadapan.

Jika pada AJL 26 dulu Hafiz yang menyampaikan lagu Awam Nano telah dinobatkan sebagai juara dan vokal terbaik pada tahun itu.Tapi pada AJL 27 ini pula kita bakal melihat bakat-bakat baru yang bakal tampil di peringkat akhir itu pada anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu ke-27 | AJL 27.

Juara AJL 26

Mesti korang tertanya-tanya siapakah muka baru yang bakal bertaruh lagu pada malam AJL27 itu kan, mereka adalah Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Mojo dan juga Shila Amzah, tapi dalam masa yang sama juga Hafiz turut layak ke final dengan lagu Ku Akui yang berduet bersama dengan Adira Ombak Rindu.

Hurm seperti yang diramal di mana lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah yang baru sahaja merangkul Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 serta Power Vocal Award di Shout Award 2012 juga telah layak ke final AJL 27 pada tahun ini, so semakin sengit la pertarungan AJL27 pada tahun ini kan.

Pada pendapat saya. Finalist AJL 27 ini amat menarik tetapi adakah  lagu Patah Seribu mampu menewaskan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira yang jika dihayati amat-amatlah menarik dan menyentuh hati. Walaubagaimanapun , kita nantikan sahaja final AJL 27 pada 6 Januari 2013.

Anugerah Juara Lagu ke 27

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-27 AJL 27

  1. Idola – Azlan & The Typewriter
  2. Pelangi Senja – Stacy
  3. Terukir Di Bintang – Yuna
  4. Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
  5. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
  6. Tanpamu – Amir Jahari
  7. Lagu – Bedroom Santuary
  8. Teman Pengganti – Black & RJ
  9. Ku Akui – Hafiz
  10. Simetri – Hazama & Amy Seach
  11. Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
  12. Patah Seribu – Shila Amzah

Tetapi kita dilihat dari pada senarai di atas kita dapat lihat di mana semua yang layak ke anugerah juara lagu ke 27 pada tahun ini semuanya hebat-hebat belaka tetapi para juri yang akan adili mereka semua ini kita hanya tunggu dan lihat sahaja lah pertarungan yang sengit ini di AJL27. Hakim Mahmud | Lagu

Incoming search terms:

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: