Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir No ratings yet.

By | October 14, 2016

Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir |Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bila sampai tarikh penting seperti tarikh hari lahir kita mesti ingin memberi ucapan atau memberi surat kepada seseorang yang hari lahirnya pada tarikh tersebut tetapi tidak tahu ucapan mana mana yang sesuai untuk diberikan. Di sini saya akan kongsikan ucapan selamat hari lahir.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir

Harap orang kesayangan akan menghargai ucapan selamat hari lahir ini (Google)

Senarai Ucapan Selamat Hari Lahir / Happy Birthday

1. Hari lahir adalah satu permulaan yang baru dan masa untuk meneruskan usaha dengan matlamat baru. Bergeraklah ke hadapan dengan keyakinan dan keberanian. Kamu seorang yang sangat istimewa. Semoga hari ini dan seterusnya, harimu menjadi luar biasa!
 
2. Harijadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu.
 
3. Lupakan masa lalu, pandanglah ke depan, demi perkara-perkara terbaik yang belum kunjung tiba. Selamat hari lahir.
 
4. Selamat Hari Jadi kepada seseorang yang menawan, berbakat dan lucu. Melihat kamu seolah mengingatkan banyak perkara tentang diri ku sendiri.
 
5. Terima kasih kerana selalu berada disisi ku dalam semua keadaan. Aku sayang kamu, kawan baik ku. Diriku begitu teruja untuk berkongsi hari istimewa mu. Semoga Hari jadi mu akan menjadi benar-benar istimewa.
 
6. Tarikh lahir adalah satu peristiwa yang begitu indah. Tetapi bagi ku, ia adalah satu hari istimewa di mana peluang untuk ku bersyukur kepada Tuhan untuk semua persahabatan yang kamu hulurkan.
 
7. Pada hari lahir mu ini, aku ingin mengambil sedikit masa untuk menulis tentang semua masa indah yang telah kita kongsi bersama-sama. Diriku berterima kasih untuk pengalaman dan semua perkara yang kita lakukan sebagai sahabat. Aku berharap semoga ada lebih banyak lagi kenangan yang boleh dicipta bersama.
 
8. Terdapat begitu banyak perkara tentang persahabatan kita yang aku suka. Hari jadi mu akan menjadi masa yang tepat untuk meraikan hari istimewa mu, dan seluruh persahabatan kita yang penuh bermakna kepada diriku. Aku berharap dirimu faham betapa aku sangat menghargai persahabatan kita.
 
9. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga Redha Allah mengiringi mu selalu.
 
10. Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun mu .Selain doaku untukmu semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas,semoga hatimu semakin bersih dan bijak,semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.
Sebaik-baiknya anda menulis atau karang sendiri ucapan selamat hari lahir kepada orang yang tersayang supaya penyampaian disampaikan dengan ikhlas bukan kerana terpaksa. Saya berharap posting ini berguna kepada anda jangan lupa untuk komen di ruangan dibawah. Terima kasih Assalamualaikum.

Please rate this

One thought on “Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir

  1. Pingback: Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2016 | Hakim Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *