Permohonan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2018 No ratings yet.

By | October 7, 2017

Permohonan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2018. Dimana pihak UIAM akan telah buka untuk ambilan Second Intake untuk bagi tahun 2018 secara online. Kepada pelajar seperti lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM boleh buat Permohonan Masuk UIAM Ambilan 2018.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan PhD. Anda boleh membuat Permohonan UIAM Februari 2018 Ambilan Kedua dibuka secara online nanti.

Untuk pengetahuan, Dimana UIAM telah tersenarai dalam 5buah Universiti Awam (UA) yang akan membuka untuk pengambilan kedua atau second intake bagi sesi kemasukan Februari dan Mac 2018. Antara, UA yang tersenarai adalah UITM,UTHM,UPSI dan UUM juga membuat pengambilan untuk Second Intake 2018.

Berikut adalah maklumat untuk membuat Permohonan UIAM Februari 2018 Online Ambilan Kedua yang memaparkan informasi berkaitan tarikh buka dan tutup permohonan serta syarat kelayakan dan applikasi permohonan.

Maklumat Tarikh Permohonan UIAM

Tarikh Buka : 1 Oktober 2017
Tarikh Tutup : 1 November 2017
Applikasi Permohonan UIAM Februari 2018 Online

Untuk memohon, pelajar boleh mengkases Applikasi Permohonan di

UIAM eAdmission
Sila daftar akaun (jika berlum mendaftar) dan ikuti arahan/ langkah yang telah ditetapkan.

PERHATIAN : Para pemohon tidak perlu membeli no pin dan sebagainya, Para pemohon terus membuat permohonan jika memenuhi syarat kelayakan am dan khas kursus pengajian yang ingin dipohon.

Syarat Umum Kelayakan Permohonan UIAM

Bagi mereka yang berminat , berikut adalah syarat kelayakan umum (akademik) untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM:-

Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf.

Syarat Kelayakan Mengikut Kelulusan

Lepasan Diploma

Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

Lepasan STAM

Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan

Lulusan Asasi UIAM

Semakan CGPA mengikut fakulti pengajian yang dipohon boleh dibuat di semak secara online di  : CGPA CHECK

Lepasan STPM

  1. Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil
  2. Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon dan universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Pemohon Dari Luar Negara

Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah:-

  • Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan

ATAU

  • Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi

ATAU

  • Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusan di atas.

 

 

 

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *