Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, saya akan kongsikan Petua Meluruskan Rambut Kerinting Dengan Cepat . Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini mengalami masalah tentang rambut ikal tetapi sudah bosan dan ingin mengubah struktur rambut kepada rambut lurus. Maka jawapanya ada di sini Petua Meluruskan Rambut.

Petua Rambut Lurus
Tip ini sesuai untuk wanita dan lelaki yang sukakan rambut yang lurus dan sihat. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kerinting, mereka boleh cuba teknik rebonding untuk meluruskan rambut mereka. Kebanyakkan kaedah rebonding yang digunakan adalah mengunakan bahan kimia untuk meluruskan dan melicinkan rambut. Hari ini teman nak kongsikan satu petua tradisional di mana orang melayu dulu-dulu mengunakannya untuk meluruskan rambut mereka.
Baiklah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menjayakan petua meluruskan rambut kerinting. Sila sediakan dua biji telur ayam kampung atau ayam bandar kalau ayam kampung lebih banyak protein dan sila sediakan tepung gandum. Caranya amat mudah selepas bahan-bahan tersebut disediakan sila pecahkan 2 biji telur tersebut dan masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang sama. Selepas itu gaul sampai dia kelihatan seperti pes. Dah siap.
Selepas semua selesai langkah terakhir adalah dengan melembabkan rambut anda semua jangan terlalu lembat sedang-sedang saja. Selepas itu, lumurkan bancuhan tadi pada helaian rambut lembab itu dan sila sikat rambut dengan kemas seperti gambar di atas dan biarkan dia kering dengan sendiri.
Sila amalkan petua meluruskan rambut ikal sebanyak 2-3kali seminggu lakukannya secara konsisten Insyaallah ia akan berjaya cuma ambil masa 1-3bulan jika ada rezeki 1bulan dah berjaya.
Jemput Baca Petua Mujarab untuk Menghilangkan Buasir.
Kredit :: Google.com
Pingback: Petua Mujarab Hilangkan Buasir > Hakim Mahmud
terima kasih kerana admin sudi kongsikan petua meluruskan rambut kerinting ni.
Pingback: Mohamed Hafiz Badiuzzaman Calon Suami Fara Fauzana > Hakim Mahmud
Pingback: Senarai Intipati Bajet 2017 Malaysia | Hakim Mahmud
nak cuba buat dengan anak buah rambut keriting..ahahahaa..
Aik anak buah je? kat bapak buah taknak buat ka? ada lagi cara alternatif yg ni memang berkesan tapi bergantung kepada pengguna sanggup atau tak je.
Pingback: Cara Meluruskan Rambut Dengan Lidah Buaya - Hakim Mahmud
Ada sesetengah orang tu rambut lurus nak bagi kerinting pula… ahahaa.. tengok lelaki rambut panjang kerinting tu,,dah macam maggie pula..ahahaha
hahahahahaha rambut panjang ok.. tapi kalu sampai macam perempuan haram pulak hukum dia.