Petua Mujarab Hilangkan Buasir No ratings yet.

By | September 6, 2016

Petua Mujarab Hilangkan Buasir.Assalamualaikum dan salam sejahtera , sebut saja Buasir dan juga dikenali sebagai Hemorrhoids mesti ramai yang takut atau gerun kerana salah satu penyakit yang banyak berlaku kepada Lelaki dan begitu banyak ubat-ubatan yang berada di pasaran serta farmasi tapi ubat buasir mujarab yang manakah? Sabar saya akan kongsikan Tip Hilangkan Buasir.

Petua Mujarab Hilangkan Buasir

petua merawat buasir

Sebab Boleh Terkena Buasir ?

Apakah penyebab terjadinya Buasir?

  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Gejala Terkena Buasir.

Anda akan merasakan gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan dan rasa gatal serta kepidahan yang dirasai sekitar bahagian dubur. Selain itu, berlakunya pendarahan titisan darah merah yang cerah lazimnya berlaku selepas atau semasa membuang air besar dan diikuti rasa perit dan sakit.

Perbezaan Buasir Dalam dan Buasir Luar.

Buasir Dalam :

Buasir ini tidak terasa sakit mahupun gatal kerana ia terletak di dalam rektum . Selain itu, buasir tidak merbahaya
akan tetapi pada keadaan meneran akan berlaku gangguan dari laluan najib semasa membuang air besar kemungkinan boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan bakal menyebabkan pendarahan.

Jika anda terlihat titisan daran yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Pabila situasi ini
berlaku anda perlu mendapatkan bantuan perubatan yang bertauliah kerana kemungkinan darah tersebut datang dari sumberlain seperti ketumbuhan kanser kolorektum.

Buasir Luar :

Buasir ini selalu akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit pedih dan gatal di dubur.Jika buasir
ini tersepit (kemungkinan bekalan darah akan terputus) dan anda akan terasa amat sakit kerana terjadinya pembekuan darah.
Buasir Luar amat memerlukan perhatian dan rawatan perubatan pabila salur darah vena rektum regang akan sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali sekiranya berlaku tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dahulu.

Petua Untuk Hilangkan Buasir

  • Mengelak sembelit dengan mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makanan yang berserat tinggi boleh diambil bagi membantu najis menjadi lembut. Senaman dan mengambil makanan berfiber tinggi membantu perjalanan buang air besar.
  • Elakkan pengambilan julap kerana ia menyebabkan cirit birit dan memburukkan lagi buasir.
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air dan berdepan masalah sembelit
  • Amalkan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat. Segeralah ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar.
  • Jangan amalkan membaca dalam bilik air terlalu lama kerana akan menyebabkan buasir menjadi teruk.
  • Pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat.

Jemput baca : Petua Meluruskan Rambut Kerinting

Kredit : Google dan Buasir

Please rate this

2 thoughts on “Petua Mujarab Hilangkan Buasir

  1. Pingback: Petua Meluruskan Rambut Kerinting Dengan Cepat > Hakim Mahmud

  2. Pingback: Mohamed Hafiz Badiuzzaman Calon Suami Fara Fauzana > Hakim Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *