Sinopsis Drama Bersiri Suri Hati Mr Pilot No ratings yet.

By | October 13, 2016

Sinopsis Drama Bersiri Suri Hati Mr Pilot | Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada ada yang sedang mencari sinopsis Suri Hati Mr Pilot iaitu drama bersiri terbaru di Astro Ria di sini saya akan berkongsi serba sedikit jalan ceritanya. Drama Suri Hati Mr Pilot sedang viral di media massa sekarang kerana dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Fattah Amin dan Neelofa.

Sinopsis Drama Bersiri Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz iaitu  Mr. Pilot dan Warda telah membuka semula sebuah lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa ini menyebabkan Warda dibuang keluarga disebabkan kebodohan diri sendiri yang terlalu taasub dengan perasaan cinta.

Getaran jiwa buatkan Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz (Mr.Pilot) telah timbul perasaan cemburu dengan kehadiran rakannya sendiri iaitu Daniel dan Razif dimana meraka turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Bibit cinta telah timbul di hati mereka selepas perkahwinan tersebut. Akan tetapi tika bahagia berada di puncak, Kekasih lama iaitu Muslim kembali menuntut cinta lama. Inara yang cemburu telah mula menyusun rencana. Selain itu,Ejaz mula diselubungi perasaan curiga.

Hubungan yang sedang retak dan menanti untuk terbelah akhirnya runtuh jua disaat satu kemalangan yang menimpa Ejaz dan telah meragut semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Jangan terlupa untuk menyaksikan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot yang akan bermula pada 10/10/2016 selepas tamatnya Abang Bomba I Love You, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 maam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *