Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2 4.75/5 (4)

By | August 14, 2017

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2 bakal saya kongsikan disini. Untuk pengetahuan anda Abang Long Fadil 2 ini adalah sekuel dari filem Abang Long Fadil lepas. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Ogos 2017. Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah Zizan Razak sebagai watak utama, filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Syamsul Yusof, Tania Hudson, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.

Filem Abang Long Fadil 2 Online

Abang Long Fadil 2 berkisarkan tentang Zizan Razak melakonkan watak Fadil telah dituduh sebagai pembunuh upahan.

TAJUK : ABANG LONG FADIL 2

Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2017

Genre : Aksi / Komedi

Pengarah : Syafiq Yusof

Terbitan : Skop Productions & Astro Shaw

Pelakon : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, Tania Hudson, A. Galak, Mas Khan, Delima Watie, Hafiz Bahari

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2

Berkisarkan tentang seorang lelaki ( Fadil ) yang telah terjerumus dalam kancah dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit serta anaknya Wak Doyok. Tapi masalah mula timbul pabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang lebih dikenali sebagai Tiger.

Tidak sampai di situ saja dimana masalah ini semakin meruncing apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL yang bernama Yana dimana beliau telah membuat liputan kes-kes pembunuhan yang telah dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil menjalani hidup sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran utama Fadil adalah King Kong, seorang yang tamak dan gila kuasa serta antara musuh ketat kepada Taji Samprit.

Pelbagai peristiwa serta aksi yang berlaki dalam perjalanan hidup Fadil pabila digelar sebagai seorang pembunuh upahan. Tetapi Fadil mempunyai satu cara untuk membersihkan namanya iaitu dengan mencari identiti sebenar Tiger bagi menyelesaikan semua kekeruhan yang berlaku kepadanya untuk membuktikan Fadil tidak bersalah.

Filem Abang Long Fadil 2 Trailer

Harga Tiket Filem Abang Long Fadil 2

Harga Tiket Filem Abang Long Fadil 2

 

Jangan lupa untuk membaca Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan dan Tanda Perempuan Tiada Dara Sebelum Kahwin terima kasih kepada Google untuk gambar.

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *