Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan No ratings yet.

By | October 20, 2016

Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan |Assalamualaikum dan salam sejahtera, tajuk pilihan saya harini ini agak femes di google di mana ramai mencari tips temuduga sektor swasta dan kerajaan. Perkara ini berlaku mungkin anda seorang FRESH GRADUATE so tidak biasa menghadiri sesi  temuduga yang sebenar. Mungkin dengar dari buah mulut orang tidak membantu selain anda sendiri yang merasainya.

Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan

Apa yang harus dilakukan semasa menghadiri sesi temuduga

Sudah menjadi perkara WAJIB sebelum anda diterima bekerja di sektor awam atau swasta anda harus melalui fasa Temuduga kerana amat sukar untuk mencari pekerja yang betul-betul dapat melaksanakan tugas yang bakal gendong nanti. Bila anda bekerja nanti akan berlaku dua situasi yang diberi nama Virus atau Antivirus.

Apa yang saya maksudkan dengan Virus seseorang yang bakal membawa WABAK KIPAS MENGIPAS BOS dan Antivirus adalah seseorang yang ANTI dengan Virus atau Bos yang tidak dapat mengikut kehendak mereka. Perkara ini anda akan jumpa bila sudah diterima kerja.

Sebab Perlu Menghadiri Temuduga Sebelum Diterima Kerja:

  • Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan
  • Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon

Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan

  1. Buat Persedian Awal

Anda harus Selidik profile syarikat atau jabatan, jawatan dan bidang tugas yang dipohon. Soalan asas ini sering  disoal oleh panel temuduga.Jika anda gagal untuk  menjawabnya ini menunjukkan seolah-olah calon tidak peka dan tidak membuat persediaan yang rapi.

  • Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan.
  • Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
  • Cuba dapatkan nama atau gelaran panel temuduga

2. Berlatih

(i) Membuat sedikit ulangkaji.

  • Antara soalan popular yang sering disoal bagi mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.

(ii) Membuat persediaan berkaitan soalan yang bakal diaju.

  • Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.

3. Cara Berpakaian Semasa Menghadiri Sesi Temuduga

Anda harus mengenalpasti etika pemakaian semasa menghadiri sesebuah temuduga ini kerana FIRST IMPRESSION yang panel akan lihat adalah cara penampilan anda.

  • Kemungkinan sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, para calon wajib memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut semasa menghadiri sesi temuduga.

Jom Baca : Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik

tips menghadiri temuduga sektor swasta dan kerajaan

Tips Etika pemakaian yang harus anda pakai semasa menghadiri sesi temuduga.

Tips Adab dan Cara Pemakaian bagi Kaum Lelaki Semasa Menghadiri Temuduga :

Tips Temuduga Sektor Awam

Tips Temuduga Sektor Awam dan Swasta

WAJIB memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) serta seluar slack berwarna gelap dan bertali leher.Selain itu, pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.

Tips Temuduga Pemakaian Kasut

Pemakaian kasut semasa menghadiri temuduga

Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.

Etika Rambut Semasa Menghadiri Temuduga

Tips Temuduga

Hendaklah berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.

tali pinggang

Cara pemakaian tali pinggang semasa temuduga

Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.

Tips Adab dan Cara Pemakaian bagi Kaum Wanita Semasa Menghadiri Temuduga :

etika-berpakaian-temuduga-bagi-wanita

Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan

  • Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  • Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki.
  • Tidak memakai pakaian yang menjolok mata (Seksi).
  • Memakai kasut bertumit(Bukan Highhill)
  • Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.
  • Jangan mewarnakan rambut.
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.

4. Adab Menghadiri Temuduga

Di awal temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga.
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul.
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi.
  • Bersikap tenang dan tidak gementar.
  • Jangan menguasai sesi temuduga. (Kawal emosi)
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan.
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah.
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain.
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga.
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga.

Di akhir temuduga

  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga.
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.

5. Larangan Semasa Temuduga

Jom Baca: Petua Mujarab Hilangkan Buasir

Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan

Tips Larangan Semasa Temuduga

6. Kenalpasti Lokasi Temuduga

Anda dikehendaki hadir lebih awal di lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan ini kerana jika anda gagal untuk hadir pada masa yang ditetapkan boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Kehadiran awal membolehkan calon menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat temuduga tersebut. Sebaik-baiknya calon dinasihatkan hadir 30 minit sebelum masa temuduga.

Please rate this

5 thoughts on “Tips Menghadiri Temuduga Sektor Swasta dan Kerajaan

  1. Pingback: Tanda Perempuan Tiada Dara Sebelum Kahwin – Hakim Mahmud

  2. Pingback: Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2 - Hakim Mahmud

  3. Pingback: Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia Online - Hakim Mahmud

  4. Pingback: Biodata Penyanyi Wany Hasrita Pendidikan Doktor - Hakim Mahmud

  5. Pingback: Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Sukatan Cawan - Hakim Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *