Video Tsunami Di Palu Sulawesi 2018 5/5 (1)

By | September 29, 2018

Video Tsunami Di Palu Sulawesi 2018 |Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari ini kita dikejutkan dengan kejadian Tsunami di Palu. Dimana, pihak Agensi Geofizik Indonesia telah mengesahkan kejadian Tsunami di Palu berukuran 7.7 magnitud telah mengakibatkan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah.

Kami mendapatkan beberapa klip video tsunami di Sulawesi daripada pengguna twitter. Video itu menunjukkan ombak berukuran setinggi 2 meter telah membadai persisiran pantai di kawasan Palu, Sulawesi Tengah.

Kami telah menerima info terbaru mengenai Tsunami Palu dimana telah mendapati terdapat adanya korban pada kejadian tsunami tersebut. Agensi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia telah menarik balik amaran tsunami selepas beberapa jam gempa itu terjadi.

Pihak Agensi Mitigasi Bencana Nasional melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di Donggala dan Palu memandangkan rangkaian telekomunikasi telah terjejas teruk dan bekalan elektrik pula terputus.

Video Tsunami Di Palu Sulawesi 2018

Video Tsunami Di Palu Sulawesi 2018 ( Google)

Petikan percakapan dari saudara Sutopo Purtwo Nugroho  “Banyak bangunan-bangunan yang telah ranap akibat gempa bumi,” menurut juru cakap dalam satu kenyataan hari ini. “Penduduk panik dan terpaksa keluar meninggalkan kediaman mereka,” katanya.

Saudara Nugroho juga berkata “ Bahawa mereka telahpun menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang telah dilanda tsunami di Palu dan Donggala.” Dijangka seramai 600,000 penduduk yang berada di sekitar kawasan Donggala dan Palu manakala lapangan terbang Palu telah ditutup sejak 7.30 malam tadi.

Video Tsunami Di Palu Sulawesi 2018 :

Video Tsunami Di Palu 1

Video Tsunami Di Palu 2

Video Tsunami Di Palu 3

Please rate this

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.